Translate

Khamis, 10 Julai 2014

PETUA ATASI MASALAH KELEMUMUR


KELEMUMUR. Menyebut namanya saja sudah terasa geli. Putih dan kadangkala berkuping di celahan rambut.

Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada populasi manusia dan dihidapi pelbagai latar belakang masyarakat.

Jom kita tengok petua-petua untuk menghilangkan kelemumur supaya anda boleh menjadi yakin semula.

1. Jus lemon dengan minyak kelapa untuk menghilangkan kelemumur
Ambil 1 sudu makan jus lemon dengan 5 sudu makan minyak kelapa. Kisarkan kedua-dua bahan ini. Letakkan bahan ini pada kullit kepala. Biarkan selama 20-30 minit sebelum dibilas. Kemudian basuh kembali rambut anda dengan shampoo. Jus lemon dikatakan merupakan satu bahan semulajadi untuk kelemumur dan mampu untuk menghilangkan keruping-keruping kelemumur pada kulit kepala.

2. Cuka untuk menghilangkan kelemumur
Cuka dikatakan merupakan cara yang paling berkesan untuk menghilangkan kelemumur. Cuka dikatakan kaya dengan potassium dan enzim yang membantu untuk merawat kegatalan kulit kepala dan kelemumur. Caranya ialah dengan mengambil cuka epal dan urutkan pada kulit kepala selama 5-7 minit. Cuka epal ini mampu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati yang tersumbat pada folikel-folikel rambut lalu menyebabkan kelemumur.
Juga dari google(Ini adalah apple cider)

.
3. Baking Soda untuk menghilangkan kelemumur
Baking Soda berpotensi untuk menghilangkan kelemumur dan keruping-keruping yang melekat pada kulit kepala. Caranya ialah campurkan satu sudu makan baking soda dengan shampoo ditangan. Kemudian gosokkan pada kulit kepala. Kemudian bilas seperti biasa. Anda akan melihat kelemumur pada kepala anda akan hilang

4. Jel Aloe Vera  untuk merawat kelemumur
Ambil jel Aloe Vera dan gosokkan ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas rambut seperti biasa.

5. Bawang merah untuk menghilangkan kelemumur
Ambil bawang merah yang telah ditumbuk halus. Letakkan pada kawasan kelemumur selama satu jam. Kemudian basuh dengan sebersihya Untuk menghilangkan bau bawang tersebu, letakkan jus lemon pada rambut anda.

Punca kelemumur

* Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.

* Kulit gatal dan berminyak menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak.

* Kurang bersyampu

* Masalah kulit seperti psoriasis

* Ekzema pada kulit kepala

* Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut

* Perubahan hormon

* Tekanan

* Masalah neurologi.

Tiada ulasan: