Translate

Rabu, 21 Mei 2014

NIKMATNYA SUSU IBU


PENYUSUAN SUSU IBU

SUSU ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.
Di samping itu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu.
Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula.
Susu ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak.
Menurut Pengerusi Persatuan Susu Ibu Hospital Pusrawi, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu.
Kesan baik itu bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil namun kekal sepanjang hayat meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan peribadi seorang anak.
KELEBIHAN SUSU IBU



Faedah Penyusuan Bayi 

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan


Keistimewaan dan kelebihan susu ibu . 

Masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.

1. Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

2. Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

3. Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

4. Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

5. Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

6. Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

7. Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

8. Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

9. Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

10.Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.

KAEDAH PENYUSUAN

HAMIL DENGAN SET SUBUR SHAKLEE


Kehamilan dan zuriat adalah kurniaan yang paling berharga untuk setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.  Yang murah rezeki , dengan mudah mendapat berita gembira setelah mendirikan rumahtangga.  Namun ada juga pasangan yang diuji Allah SWT , walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga, namun masih belum berjaya mendapat zuriat yang diinginkan. Ada yang mencuba pelbagai cara moden dan tradisional untuk mendapat zuriat, namun masih belum berjaya . Nasihat saya agar janganlah mudah berputus asa dan berhenti daripada berusaha.
            Sebagaimana saya, saya juga dah lama teringin untuk hamil lagi. Saya telah pun mempunyai 2 orang anak. Kedua-duanya dah besar. Yang sulung berumur 12 tahun manakala yang kedua beumur 9 tahun. Memang hajat hati ni nak mempunyai ramai anak namun masih belum tertunai hajat tersebut. Nak kata saya merancang memang tak de lah. Belum rezeki agaknya tu. Redha je lah andai dua tu je anak saya.
            Alhamdulillah, perkenalan saya dengan shaklee tidak sia-sia.  Saya tak lah mengharap sangat untuk hamil lagi. Takut nanti kecewa. Jadi saya ambil gla complex dan alfalfa dengan harapan untuk dapat kesihatan yang baik. Dalam pada masa yang sama saya sentiasa berdoa mudah-mudahan saya boleh hamil lagi. Dan alhamdulillah, lom sempat masuk set ke dua saya telah disahkan hamil. Antara percaya dengan tidak, akhirnya setelah 9 tahun saya boleh hamil lagi. Yang paling gembira pastinya anak-anak sayalah sebab mereka akan dapat adik tak lama lagi.
           
CADANGAN SET KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI

Set Kesuburan Shaklee yang utama bagi wanita dan lelaki terdiri daripada Vitamin E,Zink,Alfalfa dan GLA  .Gabungan Vitamin-vitamin tersebut  IN SHA ALLAH dapat  memberikan harapan untuk anda menimang cahaya mata seperti yang diidamkam-idamkan. Yang penting janganlah pernah berhenti berharap, berusaha dan berdoa. Oklah ,jom kita lihat apa kebaikan vitamin-vitamin yang  disebutkan di atas dan bagaimana ianya bertindak balas dengan tubuh kita untuk kesuburan.


Vitamin Kesuburan:

(1) Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(2) Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina

.(3) Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS

.(4) GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah
& likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Bagi yang berminat untuk mencuba set ini boleh hubungi saya untuk mendapat maklumat  lanjut serta cara pemakanannya. Saya boleh dihubungi sekiranya ada kemusykilan dan akan dibalas secepat yang mungkin. Anda akan dibimbing sepenuhnya  sekiranya membeli daripada saya.

CARA MAKAN SET KESUBURAN SHAKLEE


F    Bagi suami, bolehlah mengambil 1 biji Zinc Complex semasa perut kosong atau sebelum makan sekali sehari. Vitamin E boleh dimakan sebiji sehari sebelum tidur.
F    Bagi isteri, cara makan B-Complex adalah 1 atau 2 biji sehari untuk bekalan acid folic. 
F    Untuk pengambilan GLA Complex, cara makannya adalah berbeza mengikut kategori masalah isteri tadi. Sebaik-baiknya sebelum mengambil GLA Complex, lakukan ujian UPT terlebih dahulu untuk memastikan anda bukannya hamil. JIKA TELAH HAMIL, PENGAMBILAN GLA COMPLEX HARUS DIHENTIKAN SERTA MERTA.

Bagi pengambilan GLA Complex:

F Isteri ada masalah haid, haid tidak teratur @ hormon tidak stabil

F 1 biji selepas sarapan, 1 biji selepas dinner. Jika anda masih mengalami haid tidak teratur, anda dinasihatkan mengambil GLA Complex setiap hari sehingga anda dapati haid anda telah mula tetap. Dalam tempoh ini, anda dinasihatkan mengambil Alfalfa Complex juga untuk membantu mengatasi masalah hormon anda.

F Setelah haid anda mula teratur(kitaran hampir tetap, jika beralih, cuma dalam tempoh seminggu sebelum atau seminggu selepas), anda bolehlah meneruskan pengambilan  GLA Complex hanya pada waktu haid bermula hari pertama haid sehingga waktu subur sahaja. Pada hari selebihnya anda boleh pause seketika daripada mengambil GLA Complex dan memulakan kembali pengambilan pada bulan seterusnya. Sebaik-baiknya sebelum meneruskan pengambilan GLA Complex, lakukan ujian UPT terlebih dahulu untuk memastikan anda bukannya telah hamil. JIKA TELAH HAMIL, PENGAMBILAN GLA COMPLEX HARUS DIHENTIKAN SERTA MERTA.

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

HUBUNGI SAYA UNTUK MEMBUAT PESANAN SERTA MENDAPATKAN KONSULTANSI
019-6874416
Id: 1072019
GMAIL : norhafizah1908@gmail.com
FACEBOOK : norhafizah kamis
PAGE: dunia vitamin anda