Translate

Selasa, 27 Mei 2014

TIPS HAMIL


 Amalan, Usaha Dan Tips Untuk Mudah Hamil / Mengandung 


Kita cuma merancang, tapi Allah yang menentukan. Ya betul kata-kata itu, tapi kita harus ingat merancang tanpa usaha adalah perkara yang sia-sia. Begitu juga dalam soal rumah tangga. Setiap pasangan pasti menginginkan anak yang soleh dan solehah. Tetapi  sedarkah kita bukan semua pasangan di dunia ini mampu melahirkan zuriat?

Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat beberapa  tips yang boleh diamalkan untuk meningkatkan kesuburan dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.

BERIKUT ADALAH TIPS UNTUK CEPAT HAMIL.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi


PERSENYAWAAN BERLAKU

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran peranakan (saluran fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.


2. Jumpa doktor anda


BERBINCANG DENGAN DOKTOR ADALAH JALAN TERBAIK

Pastikan anda bebas daripada sebarang masalah dengan membuat pemeriksaan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan saluran fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

PASTIKAN BERATBADAN ANDA SEIMBANG DENGAN KETINGGIAN

            Sekiranya anda mempunyai badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI di antara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda

            Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan bahagian servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami 

            Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda sukar hamil.

7. Mengambil multivitamin

            Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin

            Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang

            Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat membuatkan haid mereka kembal iteratur  seterusnya berovulasi secara semula jadi.

Æ  Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera).

Æ  Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan memakan daging.

Æ  Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

Æ  Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

Æ  Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.




10. kurangkan Tekanan

            Life is so stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :
Æ  Memasak.
Æ  Bersenam.
Æ  Mendengar muzik.
Æ  Membaca dan mendengar audiobooks.
Æ  Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri.
Æ  Habiskan masa dengan kawan dan keluarga.
Æ  Beromantik dengan suami.

11. Dan yang paling penting berdoa memohon kepadanya

ANTARA DOA YANG BOLEH DIAMALKAN


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WASSAP ATAU SMS DI:
019-6874416
Id: 1072019
GMAIL : norhafizah1908@gmail.com
FACEBOOK : norhafizah kamis

PAGE: dunia vitamin anda