Translate

Isnin, 16 Jun 2014

KESIHATAN ADALAH SATU NIKMAT



KESIHATAN adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana.

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan. Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan.

Justeru…..kembalilah kepada pemakanan semula jadi dan berfitrah. Amalkanlah gaya pemakanan sihat.

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
1.     Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
2.     Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahi dengan “Alhamdulillah”.
3.     Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4.     Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
5.     Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
6.     Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolesterol.
7.     Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8.     Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
9.     Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
10.Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
11.Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12.Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..


Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.



HUGUNGI SAYA DI :
019-6874416
Id: 1072019
GMAIL : norhafizah1908@gmail.com
FACEBOOK : norhafizah kamis

PAGE: dunia vitamin anda

Ahad, 15 Jun 2014

GLA SHAKLEE

GLA COMPLEX SHAKLEE


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
Ramai yang tak tahu kebaikan GLA ini. GLA•atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.




JOM KITA LIHAT APA KEBAIKAN GLA COMPLEX SHAKLEE NI.....

• Menstabilkan hormon di dalam badan
• Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
• Membantu meningkatkan kesuburan
• Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
• Membantu dalam menangani menopus
• Menguatkan kuku dan rambut
• Membantu mengatasi masalah jerawat
• Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
• Membantu menangai ekzema
• Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
• Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
• Menguatkan imuniti tubuh
• Memperlahankan proses penuaan
• Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
• Mengawal kencing manis dan darah tinggi
• Mengawal kolesterol
• Untuk fungsi saraf


SIAPA PULA YANG MEMERLUKAN GLA COMPLEX SHAKLEE NI YE?????
• Wanita yang menghadapi PMS
• Mereka yang menghadapi kencing manis
• Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
• pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
• Mereka yang menghidap diabetes
• Period yang tidak teratur
• Mereka yang mahu mencantikkan kulit
• Mereka yang mahu mencantikkan kulit




JAMINAN SAYA UNTUK ANDA IALAH BIMBINGAN AKAN DIBERIKAN SECARA PERCUMA KEPADA PARA PELANGGAN YANG DIKASIHI.
SMS/ WHATSAPP/TELEFON :019-6874416
Id: 1072019
GMAIL : norhafizah1908@gmail.com
FACEBOOK : norhafizah kamis


Khamis, 12 Jun 2014

PENGEDAR SHAKLEE TERGLEMER DI JASIN MELAKA


SAYALAH PENGEDAR SHAKLEE YANG DICARI-CARI...........

PENGEDAR SHAKLEE TERGLEMER DI JASIN MELAKA
Assalamualaikum dan salam sejahtera  diucapkan buat pengunjung-pengunjung blog  yang saya hormati.

Saya merupakan PENGEDAR SHAKLEE DI JASIN MELAKA yang sah dengan id 1072019.  Sekiranya anda ingin mendapatkan produk SHAKLEE bolehlah dapatkannya daripada saya. Saya akan sentiasa membantu anda. Bimbingan akan diberikan dengan seikhlas hati sehingga anda benar-benar berpuas hati. Saya akan sentiasa mengikuti perkembangan anda dari semasa ke semasa.

Sebagai agen SHAKLEE DI JASIN MELAKA sudah tentulah penghantaran boleh dibuat kepada pelanggan-pelanggan di sekitar JASIN serta kawasan-kawasan berhampiran.  Atau boleh mengambil sendiri  di rumah saya yang terletak 6km dari bandar JASIN. ATAU kita boleh berjumpa di tempat yang ditentukan kemudian.

Bagi warga luar JASIN, perkhidmatan pengeposan boleh dilakukan walau di mana sahaja anda berada. Barang akan segera dipos setelah pembayaran diterima.

           Antara beberapa sebab mengapa anda perlu memilih saya kerana :-
1)      Saya adalah PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH DI JASIN MELAKA dengan id 1072019
2)      Saya akan sentiasa memberi bimbingan kepada anda.
3)      Saya akan consult anda untuk memilih produk yang sesuai dengan masalah anda mengikut bajet anda (bukan syok sendiri)
4)      Penghantaran akan dibuat segera setelah bayaran diterima
5)      Saya akan guide anda
6)      Saya akan follow up anda dari semasa ke semasa.,
7) Segala masalah yang berkaitan dengan produk bolehlah berbincang terus dengan saya.

Saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Hidup sihat pasti ceria.














Selasa, 27 Mei 2014

TIPS HAMIL


 Amalan, Usaha Dan Tips Untuk Mudah Hamil / Mengandung 


Kita cuma merancang, tapi Allah yang menentukan. Ya betul kata-kata itu, tapi kita harus ingat merancang tanpa usaha adalah perkara yang sia-sia. Begitu juga dalam soal rumah tangga. Setiap pasangan pasti menginginkan anak yang soleh dan solehah. Tetapi  sedarkah kita bukan semua pasangan di dunia ini mampu melahirkan zuriat?

Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat beberapa  tips yang boleh diamalkan untuk meningkatkan kesuburan dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.

BERIKUT ADALAH TIPS UNTUK CEPAT HAMIL.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi


PERSENYAWAAN BERLAKU

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran peranakan (saluran fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.


2. Jumpa doktor anda


BERBINCANG DENGAN DOKTOR ADALAH JALAN TERBAIK

Pastikan anda bebas daripada sebarang masalah dengan membuat pemeriksaan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan saluran fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

PASTIKAN BERATBADAN ANDA SEIMBANG DENGAN KETINGGIAN

            Sekiranya anda mempunyai badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI di antara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda

            Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan bahagian servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami 

            Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda sukar hamil.

7. Mengambil multivitamin

            Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin

            Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang

            Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat membuatkan haid mereka kembal iteratur  seterusnya berovulasi secara semula jadi.

Æ  Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera).

Æ  Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan memakan daging.

Æ  Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

Æ  Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

Æ  Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.




10. kurangkan Tekanan

            Life is so stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :
Æ  Memasak.
Æ  Bersenam.
Æ  Mendengar muzik.
Æ  Membaca dan mendengar audiobooks.
Æ  Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri.
Æ  Habiskan masa dengan kawan dan keluarga.
Æ  Beromantik dengan suami.

11. Dan yang paling penting berdoa memohon kepadanya

ANTARA DOA YANG BOLEH DIAMALKAN


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WASSAP ATAU SMS DI:
019-6874416
Id: 1072019
GMAIL : norhafizah1908@gmail.com
FACEBOOK : norhafizah kamis

PAGE: dunia vitamin anda

Rabu, 21 Mei 2014

NIKMATNYA SUSU IBU


PENYUSUAN SUSU IBU

SUSU ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.
Di samping itu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu.
Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula.
Susu ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak.
Menurut Pengerusi Persatuan Susu Ibu Hospital Pusrawi, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu.
Kesan baik itu bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil namun kekal sepanjang hayat meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan peribadi seorang anak.
KELEBIHAN SUSU IBU



Faedah Penyusuan Bayi 

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan


Keistimewaan dan kelebihan susu ibu . 

Masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.

1. Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

2. Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

3. Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

4. Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

5. Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

6. Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

7. Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

8. Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

9. Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

10.Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.

KAEDAH PENYUSUAN