Translate

Ahad, 6 Julai 2014

CABARAN PENYUSUAN

Cabaran Menyusu Badan:

(1) Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih tidak pandai untuk menyusukan (latch-on pain). Namun, masalah ini boleh di atasi dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan.
(2) Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah di hadam. Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang minum susu formula.
(3) Lebih komitmen buat si ibu – perlu kerap menyusu/ pam payudara untuk buat stok susu perahan. Namun, akan menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.
(4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.
(5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.



Cabaran Memberi Susu Formula:

(1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.
(2) Keselamatan produk tersebut.
(3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!
(4) Kurang antibodi.
(5) Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.
(6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.

Mmmm..... sekarang dah tau kan kebaikan susu ibu dan susu formula. Jadi anda sebagai mommy tentukanlah sendiri apa yang terbaik untuk anak anda.

SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK DI DUNIA.

Tiada ulasan: