Translate

Ahad, 6 Julai 2014

KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni dah masuk hari ke 9 kita menunaikan ibadah puasa. Bersyukurlah kita kerana masih diberi peluang menikmati Ramadhan tahun ni.

Puasa tak puasa kita tetap perlu memastikan kita minum air yang secukupnya. Ok... saya nk citer kebaikan minum air kosong....

Berikut 8 sebab yang ingin  dikongsikan kepada pengunjung-pengunjung blog saya tentang kebaikan minum air putih   atau biasa dikenali sebagai air kosong.

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

ALFALFA SHAKLEE DAN MANFAATNYA

Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi.

Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.

Kenapa Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplemen pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak, maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplemen Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada semua golongan.

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Ia juga mengandungi mineral kalsium, magnesium, kalium, fosforus, zat besi, flourida, protein, mineral surih, serat, dan asid lemak. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah. Alfalfa juga telah digunakan sekian lama di Afrika sebagai milk booster untuk ibu yang menyusukan anak.

Di antara vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Alfalfa Shaklee adalah:

    Vitamin A - Untuk penglihatan. Membina ketahan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan: menggalakan pertumbuhan sel, menggalakan kulit yang sihat.
    Vitamin E - melindungi sel-sel daripada sinar uv, kesihatan jantung, kardiovaskular, kesihat otot, memperbaiki sistem imun badan, menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
    Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metbaolisme protein dan lemak, menggalakan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya bagi ibu hamil.
    Vitamin K - penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati
    Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan
    Kalsium - membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, membantu pembekuan darah, mengawal rentak jantung, membantu pembinaan sel saraf dan fungsi saraf.
    Zat besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin
    Kalium - membantu fungsi otot, jantung, tindakbalas enzim dan untuk digest lemak.
    Fosforus - meningkatkan peranan tisu saraf.
    Sodium - mengawal keseimbangan cecair dalam badan
    Magnesium - mengelakkan sembelit, membantu fungsi otak dan melindungi kulit.
    dan banyak lagi vitamin dan mineral yang dijumpai yang tak dinyatakan di sini.

Selain itu, Alfalfa juga kaya dengan protein di mana kandungan proteinnya 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. Protein diperlukan untuk membina sel-sel tubuh badan kita. Kekurangan protein di dalam badan menyebabkan kita cepat lesu dan letih. Akar alfalfa pula yang memanjang ke dalam tanah mencari mineral penting yang tidak kesampaian oleh tumbuhan lain.

Manfaat & kebaikan Alfalfa Shaklee

1.Mencuci dan membuang toksik dalam badan
2.Mengawal kolestrol dalam darah
3.Bertindak sebagai fiber - bantu singkir dan kurangkan lemak serta kolestrol
4.Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.Sebagai penggalak penghasilan susu bagi ibu yg menyusukan bayi (Milk Booster)
7.Melawan alahan seperti resdung, ekzema dan alergik
8.Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
9.Mengurangkan simptom menopaus
10.Menyahkan kimia dalam tubuh
11.Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
12.Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
13.Mengurangkan masalah pundi kencing
14.Meningkatkan kesihatan prostat lelaki
15.Membantu merawat masalah sembelit
16.Membantu membuang angin dalam badan
17.Meningkatkan stamina dan kesihatan lelaki
18.Mengempiskan perut
19.Sebagai perapat untuk wanita kerana mengandungi  Kacip Fatimah
20.Membesar dan menegangkan payudara
21.Merawat masalah Keputihan bagi wanita
22.Memberi kelegaan semasa haid
23.Menghangatkan hubungan suami isteri
24.Merawat asma dan lain-lain masalah pernafasan
25.Melegakan sakit otot dan sendi
26.Mencuci buah pinggang dan merawat masalah kencing kotor
27.Melegakan bengkak kaki dan buku lali
28.Membantu masalah arthritis
29.Membantu merawat ulser
30.Mengatasi masalah sembab air
31.Melegakan masalah masalah sinus seperti hidung sensitif
32.Membantu mengatasi gout
33.Mengatasi masalah bau badan dan kaki berbau
34.Mengatasi masalah mulut dan nafas berbau
35.Mengatasi masalah kurap dan kulat air
36.Mencuci darah, hati dan usus
37.Menghilangkan kelesuan dan memberi tenaga
38.Meneutralkan asid dalam badan
39.Membantu memperbaiki keadaan kulit
40.Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan

Berminat untuk dapatkan alfalfa shaklee?
Sila hubungi:
Norhafizah Kamis: 0196874416
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR :1072019
FACEBOOK: norhafizah kamis
Gmail : norhafizah1908 @gmail.com

PROMOSI BULAN JULAI 2014

PROMOSI DATANG LAGI.....YABEDABEDU.....

Op...op...op.... apa yang promosi tu ha????
Apa lagi... promosi VIVIX lah. Berbaloi2 beb. Duit boleh dicari, kesihatan perlu dijaga.

Ha ... time ni lah korang nak beli dengan harga murah. Peluang macam ni tak selalu ada. Rugi tau kalau tak grab. Beli 6 peecuma 1. Bolehlah korang share ngan jirang tetangga, sedara mara, kawan2 atau jadikan je stok. Tak rugi pun kannn.

Bagi yang berminat untuk dapatkan vivix bagi kegunaan diri sendiri atau dihadiahkan kepada yang tersayang bolehlah hubungi saya;

Norhafizah : 0196874416
SID : 1072019
Facebook: norhafizah kamis
Page: dunia vitamin anda
Gmail: norhafizah1908@gmail.com

CABARAN PENYUSUAN

Cabaran Menyusu Badan:

(1) Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih tidak pandai untuk menyusukan (latch-on pain). Namun, masalah ini boleh di atasi dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan.
(2) Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah di hadam. Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang minum susu formula.
(3) Lebih komitmen buat si ibu – perlu kerap menyusu/ pam payudara untuk buat stok susu perahan. Namun, akan menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.
(4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.
(5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.



Cabaran Memberi Susu Formula:

(1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.
(2) Keselamatan produk tersebut.
(3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!
(4) Kurang antibodi.
(5) Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.
(6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.

Mmmm..... sekarang dah tau kan kebaikan susu ibu dan susu formula. Jadi anda sebagai mommy tentukanlah sendiri apa yang terbaik untuk anak anda.

SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK DI DUNIA.

VITAMIN UNTUK IBU HAMIL

Ibu hamil digalakkan mengambil multivitamin dan vitamin yang tinggi zat besi, mengandungi asid folik yang cukup kerana ia penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan kecacatan, kalsium yang mencukupi, vitamin c dan minyak ikan. Sebahagian vitamin ini juga dikenali sebagai 'hematinic vitamin' sebagaimana yang dibekalkan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Namun, jika anda mempunyai bajet sendiri untuk vitamin pilihan anda, tidak salah untuk anda mencuba Set Ibu Hamil

Vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk ibu hamil♢♢

Set Ibu Hamil Shaklee terbahagi kepada 2 kategori iaitu
1. Set Ibu Hamil Trimester 1 dan
2. Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3.

Set Ibu Hamil Trimester 1

    BComplex (dengan asid folik)
    Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
    Vita C(Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil)
    Ostematrix(Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)

Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3

    BComplex (dengan asid folik)
    Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
    Vita C(Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil)
    Ostematrix(Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
    Omega Guard(Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA)

Add On

    ESP(Untuk kecantikan kulit semasa hamil serta kulit bayi yang sihat dan membekalkan tenaga tambahan)

Hubungi saya:
Norhafizah kamis : 0196874416
SID : 1072019
FB: norhafizah kamis
Gmail : norhafizah1908@gmail.com
Page : dunia vitamin anda

Sabtu, 5 Julai 2014

VIVIX SHAKLEE

Vivix adalah campuran polifenol dengan paten tertunda yang kuat dan eksklusif dari bahan-bahan botanikal yang terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel.

Vivix atau lebih popular di panggil sirap Shaklee (kerana cecair Vivix bermarna merah!) merupakan supplement anti penuaan yang terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian selama bertahun-tahun oleh Dr. Shaklee.

Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung. Vivix Shaklee merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.

Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Kebaikan Vivix Shaklee

    Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
    Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
    Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
    Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
    Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
    Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk – merawat azhameir
    Membantu merawat penyakit parkinson
    Membantu memulihkan penyakit strok – angin ahmar
    Meningkatkan kesihatan imum badan
    Menggalakan kesihatan keseluruhan

Isnin, 16 Jun 2014

KESIHATAN ADALAH SATU NIKMAT



KESIHATAN adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana.

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan. Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan.

Justeru…..kembalilah kepada pemakanan semula jadi dan berfitrah. Amalkanlah gaya pemakanan sihat.

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
1.     Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
2.     Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahi dengan “Alhamdulillah”.
3.     Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4.     Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
5.     Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
6.     Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolesterol.
7.     Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8.     Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
9.     Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
10.Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
11.Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12.Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..


Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.



HUGUNGI SAYA DI :
019-6874416
Id: 1072019
GMAIL : norhafizah1908@gmail.com
FACEBOOK : norhafizah kamis

PAGE: dunia vitamin anda