Translate

Rabu, 16 Julai 2014

DTX COMPLEX SHAKLEE

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex, ektrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik, ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritkal untuk memperbaiki.

SIAPA perlukan DTX Complex?

    Mereka bekerja dalam persekitaran tercemar
    Mereka yang bekerja dengan bahan tercemar
    Mereka yang tinggal berhampiran dengan kilang.
    Mereka yang ingin menyingkirkan toksin dalam badan
    Mereka yang sering makan fast food, MSG, pewarna dan perasa tiruan
    Mereka yang terdedah dengan sumber-sumber toksin. (Sumber Toksin)

Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex

1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)

    Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
    Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
    Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
    Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
    Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
    Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema

2. Articok (Artichoke)

    Membina semula sel-sel hati
    Merangsang pengaliran hempedu

3. Dandelion

    Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
    Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
    Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
    Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
    Melawan tumor dan kanser
    Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air

4. Kunyit

    Mengandungi curcumin : bahan anti-oksida
    Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
    Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

5. Reishi Mushrooms (Ling Zhi)

    Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
    Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
    Merawat sindrom keletihan yang kronik
    Membantu mencegah penyakit jantung

6. Schizandra

    Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
    Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin

Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:

1. Rembesan Hempedu

    Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
    Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
    Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
    Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A

2. Bertindak sebagai Detoksifikasi

    Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
    Hati mengawal metabolism protein
    Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
    Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
    Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul

3. Mengawal Paras Gula dalam Darah

    Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
    Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
    Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
    GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
    Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
    Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin

4. Penting untuk metabolisme Lemak

    Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
    Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Tiada ulasan: